Tuesday, October 13, 2015

Haji

Apakah itu HAJI?
Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islamke MakkahArab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.
Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalamtakwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.



Syarat-syarat:
  • Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
  • Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
  • Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
  • Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah

Rukun:
Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. Rukun-rukun haji adalah seperti:
  • Niat ihram haji.
  • Wukuf di Arafah.
  • Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah)
  • Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah.
  • Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  • Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan.

Jenis-jenis Haji:
  • Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam.
  • Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam.
  • Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah).
Dam:
Dam dari segi bermaksud bahasa ialah darah. Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. Dam terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • Dam tertib dan takdir
  • Dam tertib dan ta'dil
  • Dam takhyir dan ta'dil
  • Dam takhyir dan takdir


No comments:

Post a Comment