Wednesday, October 14, 2015

Zakat

Apakah itu Zakat?

Zakat dalam segi istilah adalah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya).Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.Menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Zakat merupakan rukun ketiga dari rukun Islam.


Jenis-jenis Zakat:

  • Zakat fitrah
    Zakat yang wajib dikeluarkan muslim menjelang Idul Fitri pada bulan suci Ramadan. Besar zakat ini setara dengan 3,5 liter (2,7 kilogram) makanan pokok yang ada di daerah bersangkutan.
  • Zakat maal (harta)
    Zakat yang dikeluarkan seorang muslim yang mencakup hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil laut, hasil ternak, harta temuan, emas dan perak. Masing-masing jenis memiliki perhitungannya sendiri-sendiri.

Hak zakat:
  1. Penerima
    • Ada delapan pihak yang berhak menerima zakat, tertera dalam Surah at-Taubah ayat 60 yakni:
      • Fakir - Mereka yang hampir tidak memiliki apa-apa sehingga tidak mampu memenuhi keperluan pokok hidup.
      • Miskin - Mereka yang memiliki harta namun tidak cukup untuk memenuhi keperluan dasar untuk hidup.
      • Amil - Mereka yang mengumpulkan dan membagikan zakat.
      • Mu'allaf - Mereka yang baru masuk Islam dan meminta bantuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan barunya.
      • Hamba sahaya - Budak yang ingin memerdekakan dirinya
      • Gharimin - Mereka yang berhutang untuk meminta yang halal dan tidak sanggup untuk memenuhinya.
      • Fisabilillah - Mereka yang berjuang di jalan Allah misal: dakwah, perang dan sebagainya.
      • Ibnus Sabil - Mereka yang kehabisan biaya di perjalanan.

  2. Haram Penerima
    • Orang kaya dan orang yang masih memiliki tenaga.
    • Hamba yang masih mendapat nafkah atau tanggungan dari tuannya.
    • Keturunan Nabi Muhammad (ahlul bait).
    • Orang yang dalam tanggungan dari orang yang berzakat, misalnya anak dan isteri.



Faedah Zakat:
  1. Faedah agama
    • Dengan berzakat bererti telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang mengantarkan seorang hamba kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
    • Merupakan saranan bagi hamba untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Rabb-nya, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang membuat beberapa macam ketaatan.
    • Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah, yang ertinya: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith muttafaq alaih, nabi S.A.W juga menjelaskan bahawa sedekah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
    • Zakat merupakan penghapus dosa.
  2. Faedah akhlak
    • Menanamkan sifat kemuliaan, rasa toleransi dan kelapangan dada kepada pribadi pembayar zakat.
    • Pembayar zakat biasanya identiti dengan sifat rahmah (belas kasih) dan lembut kepada saudaranya yang tidak punya.
    • Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum Muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa. Sebab sudah pasti ia akan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
    • Di dalam zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
    • Menjadi tangan di atas lebih baik dari pada tangan di bawah.
  3. Faedah kesosialan
    • Zakat merupakan saranan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup para fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebagian besar negara di dunia.
    • Memberikan dukungan kekuatan bagi kaum Muslimin dan mengangkat kewujudan mereka. Ini biasa dilihat dalam kelompok penerima zakat, salah satunya adalah mujahidin fi sabilillah.
    • Zakat biasa mengurangi kecemburuan sosial, dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya jika melihat mereka yang berkelas ekonomi tinggi harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaaat biasa terpendam rasa benci dan permusuhan mereka. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengehadkan kemiskinan tentu akan terjalin keharmonian dan cinta kasih antara si kaya dan si miskin.


No comments:

Post a Comment