Thursday, October 15, 2015

Wakaf

Wakaf

Pengertian wakaf:
  • Wakaf berasal dari perkataan Arab, iaitu waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

Pengertian wakaf (istilah):

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, perwarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.




Rukun-rukun Wakaf:
  • Pewakaf (Al-Wakif)
  • Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
  • Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf'alaih)
  • lafaz akad (Al-Sighah)



Syarat-syarat Rukun Wakaf:
  1. Pewakaf
    • Merdeka
    • Baligh
    • Berakal
    • Berkelayakan untuk berwakaf
    • Sukarela (tidak dipaksa untuk berwakaf)
  2. Harta yang diwakafkan
    • Harta yang mempunyai nilai
    • Harta yang boleh dipindah milik
    • Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan
    • Harta adalah milik sempurna pewakaf
  3. Penerima manfaat wakaf
    • Penerima khusus samada seorang atau lebih
    • Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)
  4. Lafaz akad
    • Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf
    • Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf

No comments:

Post a Comment